‘Nyamuk dua tiga ekor ini akan kita bunvh’

‘NYAMUK’ dalam parti PKR perlu dibunuh. Tegas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang berkata pengkhianat dalam parti itu akan dihukum oleh rakyat.

“Ini adalah pengkhianatan yang sebenar yang mengkhianati amanah rakyat dan masuk melalui pintu belakang (menubuhkan kerajaan baharu),” katanya kepada pemberita di hadapan kediaman Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya mengenai siapa pengkhi4nat yang dimaksudkan itu, Ahli Parlimen Kapar itu enggan mengulas namun berkata semua pihak akan tahu esok.

Sumber Gambar

Mengulas mengenai dakwaan Pilihan Raya Umum (PRU), Abdullah Sani berkata, pihak mereka sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan.

“Nyamuk dua tiga ekor ini akan kita bunvh,” katanya.

Ketika ini beberapa pemimpin kanan PKR dilihat keluar masuk ke dalam kediaman PKR.

Sumber Artikel

Be the first to comment on "‘Nyamuk dua tiga ekor ini akan kita bunvh’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares