“Kembar saya telah berjaya dalam SPM mereka”- Azhar Sulaiman Bangga Anak Bakal Ambil Jurusan Undang-Undang.

Tahniah kepada anak kembar Azhar Sulaiman.

ANAK kembar pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada Khamis.

Azhar berkongsi perkara itu di Instagram mengucapkan tahniah dan berterima kasih kepada isterinya Chempaka Emalin Pahamin.

“Syukur Alhamdulillah, kembar saya Rees dan Leona telah berjaya dalam keputusan SPM Mereka. Dua-dua pun sudah setuju untuk ambil jurusan undang-undang.

Azhar bersama isteri dan anak kembarnya.

“Terima kasih ‘zillion’ kepada isteri saya, Chempaka yang sentiasa bekerja keras untuk anak-anak dan telah menjaga keluarga kita dengan baik.

“Awak ibu yang terbaik,” tulisnya

Sementara itu, Leona berkongsi keputusan SPM dengan mendapat 7A dan 1B. Manakala Rees masih belum berkongsi berkaitan keputusan yang diterimanya.

“7As 1B+, saya rasa baik sahaja.” ujarnya.

Selain Leona dan Rees, Azhar Sulaiman turut mempunyai seorang lagi cahaya mata, Kasih Leia Ixora, 21.

 

View this post on Instagram

 

7As 1B+, I think I did okay 🙂

A post shared by Leona (@kasihirisleona) on

Sumber: mstar

Be the first to comment on "“Kembar saya telah berjaya dalam SPM mereka”- Azhar Sulaiman Bangga Anak Bakal Ambil Jurusan Undang-Undang."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares