Ustaz Ebit Lew Kembali Menyumbang, Ustaz Abu Syafiq muat naik kata-kata tentang keikhlasan

Hari ini kita dapat menyaksikan Ustaz Ebit Lew kembali  meneruskan kerja amal beliau selepas berehat sehari gara-gara ada individu membuat laporan.

Meskipun begitu, ia langsung tidak mematahkan semangat beliau untuk membantu masyarakat terutama golongan yang tidak berkemampuan.

Siang tadi Ebit Lew sekali lagi ke utara tanah air.

” Menangis lagi di Baling Kedah. Dah 2 hari tak tidur bila dapat berita tentang keluarga suami isteri dan 4 orang anak masih kecil-kecil dah setahun tinggal di bangsal atau khemah setahun dah.”

Itu luahan beliau dalam hantaran pertama yang mendapat 24k ‘shares’.

Sementara sebentar tadi beliau sekali lagi memuatnaik hantaran, perkongsian kemaskini mengenai keluarga yang dibantu.

Berikut adalah luahan dan kata-kata Ebit Lew;

“Syukur Alhamdulillah sahabat kita sekeluarga dah berpindah ke rumah sewa. Saya dah bayarkan 2 bulan.

InsyaAllah selagi mereka perlukan rumah tu saya bayarkan sewa rumah dan air elektrik. Terima kaseh tuan rumah.

Mula-mula mereka terkejut. Sebab katanya macam mimpi.

Anaknya happy jer dalam kereta saya tadi. Jiran baik semuanya ada yang datang membantu pindah tadi.

Sedih tengok. Saya pergi kedai perabot belikan 2 katil queen dan tilam. Serta 2 tilam single. Belikan tikar getah. Rice cooker.

Saya beri duit belanja buat keluarga dan anak-anak. Syukur pada Allah.

Isteri tuan rumah menangis tadi. Sebak saya. Katanya kenapa ustaz buat semua ini.

Jawab saya. Saya dulu miskin saya cuma nak Allah sayang. Miskin atau kaya bukan mulia atau hina.

Keduanya ujian dari Allah. Saya tengok anak kakak ini cerdik semuanya. Saya teringin nak bantu mereka belajar ke madrasah.

Tadi kelam kabut saya balik. Tak sempat cakap panjang. Tadi sambung berbual dalam phone. Saya kata saya akan bantu anak ini belajar sekolah agama atau madrasah. Biar dia jadi orang hebat dunia akhirat” tulis Ebit Lew lagi

Abu Syafiq Up Status

Umum mengetahui yang akaun Facebook milik Abu Syafiq telah dig0dam dan beliau kini aktif di IG dengan memuat naik pelbagai status dan video tapi ruangan komen telah ditutup untuk mengelakkan k3caman dari netizan. Banyak di lihat statusdan video  dimuat naik gi IG beliau, seperti banyak  menyindir pihak-pihak tertentu

Sementara itu, melihat status Abu Syafiq di IG, beliau memuat naik lagi satu status mengenai soal keikhlasan

“Saya ini bukan hanya mesti tolong orang sahaja kena Ikhlas. Nak buka puasa dan ibadah pun kena baca Bismillah dan ikhlas dlm ibadah. Betul tak?”

Tidak pasti pertanyaan terbaru ini ditujukan kepada siapa. Namun diharapkan Ustaz-ustaz ini kembali duduk semeja jika ada perkara-perkara berbangkit dari menegur secara terbuka seperti ini kerana boleh mengvndang spekvlasi antarq netizan di Malaysia

“Saya tidak akan buat permohonan maaf, sebab saya tak buat s4lah..” – Ustaz Abu Syafiq

Kerja khidmat masyarakat yang dilakukan oleh ustaz Ebit Lew telah mendapat t3ntangan beberapa pihak.

Antara nama yang sering dikaitkan dalam isu ini adalah Ustaz Abu Syafiq, yang didakwa memuat naik status di Facebook mempertikaikan cara ust Ebit Lew berkongsi mengenai sumbangan yang disalurkan.

sumber : hmtpress

Be the first to comment on "Ustaz Ebit Lew Kembali Menyumbang, Ustaz Abu Syafiq muat naik kata-kata tentang keikhlasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares