“Bidadari tanya kenapa ada orang marah lagi..”- Ustaz Ebit Respon Teguran Isu Penduduk Setempat.

Nama Ustaz Ebit Lew tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum.

Apatah lagi selepas beliau berkongsi satu gambar keluarga miskin yang akhirnya menjadi perdebatan hangat yang dikaitkan dengan Ustaz Abu Syafiq.

Ustaz Ebit Lew akhirnya dipanggil ke ibu pejabat polis di Bukit Aman selepas ada orang membuat laporan terhadapnya.

Pihak polis bagaimanapun membenarkan Ustaz Ebit Lew untuk meneruskan kerja amalnya. Sejak itu, beliau semakin bersemangat bergerak ke seluruh pelusuk tanah air membantu orang miskin.

Namun begitu ia menimbulkan pula kisah lain yang menyentuh sensetiviti masyarakat tempatan disitu sehingga ada wakil penduduk terpaksa membuat penjelasan.

Jika anda terlibat dalam usaha kebajikan membantu orang yang susah ni, anda akan sepatutnya lebih tahu kaedah yang sesuai dalam membantu. Setiap tempat ada penduduk, ada wakil, ada penghulu, ada orang yang hampir sekitar situ.. sebelum terjah, adabnya…bertanya dahulu atau s1asat sedikit maklumat yang diterima berkaitan keluarga yang susah itu.

Mustahil jika ia kesusahan yang tulin dan masyarakat setempat tidak ambil peduli atau cakna..cuma mungkin diluar pengetahuan atau ada masalah dalam usaha nak membantu seperti peneempatan hrm, duduk atas tanah milik orang lain atau rumah yang memang dalam proses perobohan atas tanah kerajaan dll..secara beradabnya, dapatlah maklumat terlebih dahulu dari penduduk setempat tentang status tersebut.

Pandangan ustaz Ebit Lew setelah bantuanya di pertikaian menyalahi adab…

4hari air mata bahagia walau kadang air mata berlinangan. Bidadari saya tanya kenapa ada orang marah lagi abang. Ish sikit jer bidadariku sayang. Takperlah sayang inilah kerja abang dari kecil. Tak mengapa. Doakan maafkan. Semua orang baik. Ini kerja amanah Allah. Kita tahu apa kita buat untuk apa kerana apa. Dari 12 tahun abang buat kerja ini sampai sekarang sama jer dunia ini. Semua ujian dari Allah. Kerana dia sayang.

Jangan sedih dan takut. Kita cari doa orang miskin. Doa anak kecil celah air hujan. Tangisan bayi dalam basah hujan malam hari. Doa adik kecil di celahan habuk. Doa pemimpin yang ikhlas dan baik. Doa alim yang baik dan ikhlas. Doa ramai orang yang baik. Kita tak lama pun di dunia ini. Entah esok lusa kita dah takde. Sikit jer lagi kita sampai sana akhirat. Dunia ini satu masa cuma tinggal cerita. Akhirat tempat kita tuju.

Bidadari kata i love u abang.. Rindu bidadari tercinta. Tunggu yer abang balik. I love u bidadariku tercinta. Muah sayang bidadariku – ebitlew

Kongsi Ebit Lew : Isteri Yang Paling Dicintai Suami Ialah Isteri ...

Ustaz Ebit Lew bersama keluarga

sumber : FB Ebit Lew

 

Be the first to comment on "“Bidadari tanya kenapa ada orang marah lagi..”- Ustaz Ebit Respon Teguran Isu Penduduk Setempat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares