PM Cadang Dengar Lagu Raya Ceria “Jange Kelik Laa Weii”, Netizen Mula Mencari Di Youtube

PENGUMUMAN Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun depan disambut baik rakyat negara ini.

Antara intipati perutusan khas tersebut ialah mengenai larangan perjalanan rentas negeri bagi menyambut perayaan hari raya Aidiliftri.

Dalam teks ucapan tersebut, perdana menteri turut meminta orang ramai mendengar lagu Jange Kelik Laa Weii yang dikatakan merujuk kepada situasi semasa yang sedang berlaku di negara kita.

“Stesen-stesen radio dan televisyen bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau sekali-sekala. Kalau dimainkan selalu saya pun sayu juga.

“Mainkan lagu-lagu raya yang boleh menceriakan suasana. Saya tengok di YouTube ada lagu Jange Kelik La Weii, lagu ni pun okaylah!,” kata Muhyiddin.

PM sebut lagu Jange Kelik Laa Weii.

Gara-gara ucapan perdana menteri itu, netizen menyerbu akaun Youtube Nova Music dan meninggalkan komen mengenai lagu tersebut.

“Saya datang selepas perdana menteri sebut dalam perutusan.

“Singgah sini lepas perdana menteri promote lagu ni dalam ucapan sambung PKPB. Anggaplah ini penghargaan untuk anda!

“Popularlah lagu ni lepas perdana menteri sebut dalam perutusan tadi. Jomlah kita dengar ramai-ramai sambil menangis,” tulis netizen.

Lagu Jange Kelik Laa Weii dinyanyikan oleh Eddie Hamid, Man Khan dan Aris Kapilla telah dimuat naik di laman Youtube sejak 5 Mei lalu dan menerima hampir 40,000 tontonan.

Sebelum ini, Eddie Hamid memberitahu lagu tersebut merupakan cetusan idea bersama dua rakannya itu.

Jange Kelik Laa Weii dinyanyikan oleh Eddie Hamid, Man Khan dan Aris Kapilla

Ia dihasilkan seiring dengan saranan kerajaan berhubung isu semasa untuk membendung penularan wabak Covid-19 hingga melarang orang ramai daripada melakukan pergerakan merentas negeri untuk menyambut hari raya di kampung halaman masing-masing.

“Sudah menjadi kelaziman anak rantau akan pulang berhari raya tapi kali ini mungkin janggal kerana tidak dapat pulang. Namun itu semua adalah untuk kebaikan bersama dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

“Lagipun tahun ini saja kita berkorban. Kita perlu akur dengan situasi semasa. Insya-Allah raya tahun mendatang akan kembali seperti sedia kala.

“Jadi lagu raya kali ini ditujukan khas buat semua perantau yang tidak dapat pulang beraya. Andai kata pulang beraya ke kampung dibenarkan kemudian, mungkin judul lagu ini perlu bertukar menjadi Boleh Kelik Laa Wei, ” ujarnya.

sumber : mstar

Be the first to comment on "PM Cadang Dengar Lagu Raya Ceria “Jange Kelik Laa Weii”, Netizen Mula Mencari Di Youtube"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares