Kluster Kilang Bukan Kerana PKPB , Puncanya Telah Di Dedahkan..

Kes baru Covid-19 pada minggu lalu bukan berpunca daripada perniagaan yang tidak patuh terhadap prosedur operasi standard (SOP) di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Sebaliknya Ismail berkata jangkitan baru tersebut dikesan ekoran kepatuhan majikan terhadap SOP, dengan menjadikan kluster baru di tapak pembinaan di Setia Alam, Selangor sebagai contoh.

“(Kluster) tapak pembinaan di Setia Alam bukan kerana mereka tidak patuh SOP.

“Mereka sebenarnya patuh, mereka bawa pekerja untuk buat ujian swab dan (oleh itu) sedar ada kes positif (di kalangan pekerja).

Malaysiakini

“(Jangkitan) tidak berlaku ketika kerja, tetapi (ia dikesan) kerana mereka buat ujian,” katanya ketika sidang media harian berkenaan situasi Covid-19 hari ini.

Kluster tapak pembinaan itu mula dilaporkan pada 9 Mei lalu dengan 12 pekerja asing dikesan positif Covid-19.

Perkara sama berkenaan kluster pekerja kilang di Pedas, Negeri Sembilan, kata Ismail lagi.

Malaysiakini

Ismail berkata, beliau difahamkan wabak Covid-19 menular di sana selepas seorang kerani syarikat pergi ke kilang tersebut dan menyebabkan orang lain dijangkiti.

“Jangkitan bukan daripada kilang, tetapi dibawa dari luar,” katanya.

Perkara sama juga berlaku kepada kakitangan kesihatan di hospital yang dijangkiti wabak tersebut sebelum ini, katanya lagi.

Menurut Ismail, kakitangan itu tidak dijangkiti akibat merawat pesakit Covid-19 di hospital, tetapi mendapat jangkitan dari luar.

Misalnya, seorang pegawai perubatan dijangkiti wabak setelah menghadiri majlis perkahwinan, yang kemudiannya menyebabkan orang lain di hospital turut dijangkiti, katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan tapak pembinaan di Setia Alam dan kilang di Pedas, serta kluster lain yang dikesan minggu lalu, telah diarahkan menghentikan operasi.

Ia termasuklah satu lagi tapak pembinaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur serta kompleks beli-belah di Cheras, katanya lagi.

“Kita akan tutup berdasarkan lokaliti. sebelum ini kita mungkin akan tutup seluruh Setia Alam, tetapi kini kita (hanya) tutup kawasan yang ada jangkitan,” katanya lagi.

Kluster Setia Alam masih terkawal | Harian Metro

TIADA pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tapak pembinaan di Setia Alam, Selangor, ekoran jumlah kes positif Covid-19 direkodkan masih dalam keadaan terkawal.

kluster Setia Alam yang dikesan pada 6 Mei lalu membabitkan 12 pekerja tapak pembinaan warga Bangladesh selepas menerima notifikasi daripada sebuah hospital swasta.

sumber : malaysia kini /hmetro

Be the first to comment on "Kluster Kilang Bukan Kerana PKPB , Puncanya Telah Di Dedahkan.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares