“Kluster masjid ke kluster wartawan bakal muncul?”- Tersebar Gambar Wartawan Lagi Ramai Dari Jemaah Solat Jumaat.

Solat Jumaat dan solat berjemaah dibenar diadakan semula di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan secara berperingkat mulai esok, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dalam negara menghadapi gelombang cov1d-19,rakyat Malaysia diseru untuk terus mengamalkan penjarakan sosial paling kurang 1 meter.

Namun hari ini tersebar gambar sekumpulan wartawan yang kelihatan tidak mengamalkan penjarakkan sosial ketika membuat liputan solat di Masjid

Berikut adalah senarai SOP perlaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah, solat terawih dan solat sunat Aidilfitri yang perlu dipatuhi masjid, surau Solat Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan dan empat negeri di bawah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua agama Islam.

1.Melaksanakan jarakan sosial di dalam dan luar masjid

2.Jarak antara ahli jemaah adalah satu meter dan wajib memakai penutup hidung dan mulut

3.Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga jarakan

4.Jemaah menghidap penyakit kronik, warga emas berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun, tidak dibenarkan hadir berjemaah di masjid

5.Semua jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing- masing ke masjid

6.Jemaah hendaklah terus bersurai dalam keadaan tenang.

7.Tidak dibenarkan berkumpul di dalam atau luar masjid, selesai solat

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut menggariskan saranan tambahan kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri, seperti berikut:

”Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah”

”Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk sebelum dan selepas solat”

”Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa”

”Ahli Jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, ahli jemaah harus diarah pulang Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran”

Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan.

Namun, perkongsian daripada Syed Shahridzan mencuri perhatian warganet dengan kapsyen ringkas nya:

Jumlah wartawan lagi ramai dari jemaah, lepas tu tak jaga jarak sosial. Kalau ditakdirkan mereka ini menjadi punca peny3baran Covi1d-19, agak-agak siapa yang kena k3cam? Mungkin muncul istilah “Kluster Masjid”. Berani media nak letak “Kluster Wartawan”? Mungkin institusi agama bakal menjadi mngsa keadaan kerana kesilapan sendiri.

Rata rata netizen setuju dengan kenyataan pemuda ini.. Selain itu pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq juga melahirkan kerisauan yang sama dan menggesa untuk mereka ini di ambil tindakan

Berikut tulisan Abi Syafiq di IG milil beliau

“PDRM DAN MKN sila ambil tindakan.

1- Tidak ikut S.O.P.

2- Tidak solat.

3- Buat Bid’ah sejak dulu lagi. Lama dah mcm ni. Sejak dulu lagi.

PDRM dan MKN tak berani ambil tindakan keatas mereka ini ke. Saya tak rasa mereka wartawan. Mungkin mereka netizen jek kot. Sebab Wartawan jaga molek S.O.P”

Masyarakat dinasihat kekal amal penjarakan sosial

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan semua lapisan masyarakat supaya kekal mengamalkan penjarakan sosial, walaupun selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata orang ramai juga tidak digalakkan menyertai mana-mana perhimpunan selepas tempoh PKP.

“Selepas fasa ketiga kita mungkin tak dapat kembali kepada kelaziman dalam kehidupan. Nasihat KKM kepada semua ialah kita perlu mengadakan penjarakan selamat.

“Mungkin tak ada perhimpunan kerana kebarangkalian atau kebolehjangkitan COVI1D-19 ini akan berlaku, jadi kita perlu memutuskan rantaiannya walaupun selepas PKP.

“Ini nasihat kita… Perlu lihat industri dan cara melaksanakan aktiviti harian dan di mana perlu lihat nasihat KKM dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Namun, kita seharusnya sentiasa bersangka baik dan mendoakan kesejahteraan bersama.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Syed Shahridzan

Be the first to comment on "“Kluster masjid ke kluster wartawan bakal muncul?”- Tersebar Gambar Wartawan Lagi Ramai Dari Jemaah Solat Jumaat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares