“Semalam bukan isu jemaah, tapi pengamal media berhimpit-himpit “- Datuk Ismail Sabri Tegur Wartawan.

Solat Jumaat dan solat berjemaah dibenar diadakan semula di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan secara berperingkat mulai esok, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dalam negara menghadapi gelombang cov1d-19,rakyat Malaysia diseru untuk terus mengamalkan penjarakan sosial paling kurang 1 meter.

Namun semalam tersebar gambar sekumpulan wartawan yang kelihatan tidak mengamalkan penjarakkan sosial ketika membuat liputan solat di Masjid

Petugas media digesa patuhi penjarakan sosial

Petugas media digesa mematuhi garis panduan pencegahan Cov1id-19 termasuklah menjaga jarak sosial semasa bertugas.

Peringatan itu diberikan Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob yang mengulas gambar tular di media sosial memaparkan sejumlah anggota media yang bertugas di Masjid Negara semalam ketika membuat liputan solat Jumaat pertama yang diadakan setelah hampir dua bulan penutupan masjid.

“Semalam terdapat isu, bukan isu jemaah tetapi pengamal-pengamal media yang datang terlalu ramai berhimpit-himpit dan jelas tidak mengamalkan penjarakan sosial.

“Justeru saya memohon kepada pengamal media jika ingin membuat laporan berita sekalipun tolong patuhi setiap SOP yang dikeluarkan termasuk penjarakan sosial,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Gambar berkenaan tular di media sosial dan mengundang kritikan netizen terhadap wartawan yang bertugas di lokasi berkenaan.

Malaysiakini difahamkan bahawa gambar itu diambil semasa taklimat mengenai panduan solat Jumaat yang baru, dan petugas media tidak dibenarkan untuk menyertai sesi solat selepas itu.

Ismail sebelum ini mengatakan bahawa menteri agama, Zulkifli Mohamad telah memberitahu mesyuarat menteri hari ini bahawa semua 25 masjid dan 30 surau yang dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat kebanyakannya mematuhi prosedur operasi standard baru.

Ismail bagaiamanpun bersetuju agar penganjur acara harus memastikan ruang yang cukup kepada pengamal media untuk mengamalkan jarak sosial.

“Kita akan berbincang dengan pihak penganjur kalau macam itu. Mungkin media pun tak tahu tempat itu sempit atau tidak.

“Tapi saya rasa pengamal media pun tau tentang asas SOP seperti penjarakan sosial. Kalau dah nampak tempat tu sempit, saya percaya tak perlu masuk lagi kerana membahayakan diri sendiri.

“Saya setuju penganjur mana-mana penganjur program kalau nak undang pengamatan media kena sediakan kawasan bertanda…jika didapati kawasan tersebut sempit, maka mereka pun boleh menghadkan media yang hadir,” katanya.

Berikut adalah senarai SOP perlaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah, solat terawih dan solat sunat Aidilfitri yang perlu dipatuhi masjid, surau Solat Jumaat dan surau terpilih di Wilayah Persekutuan dan empat negeri di bawah Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua agama Islam.

1.Melaksanakan jarakan sosial di dalam dan luar masjid

2.Jarak antara ahli jemaah adalah satu meter dan wajib memakai penutup hidung dan mulut

3.Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga jarakan

4.Jemaah menghidap penyakit kronik, warga emas berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun, tidak dibenarkan hadir berjemaah di masjid

5.Semua jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing- masing ke masjid

6.Jemaah hendaklah terus bersurai dalam keadaan tenang.

7.Tidak dibenarkan berkumpul di dalam atau luar masjid, selesai solat

Dalam pada itu, Dr Zulkifli turut menggariskan saranan tambahan kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri, seperti berikut:

”Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah”

”Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk sebelum dan selepas solat”

”Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa”

”Ahli Jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, ahli jemaah harus diarah pulang Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran”

Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan.

sumber : musangviral

Be the first to comment on "“Semalam bukan isu jemaah, tapi pengamal media berhimpit-himpit “- Datuk Ismail Sabri Tegur Wartawan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares