“Gelar penonton bodoh, level hang tak buat salah ka “- Syazwan Zulkifly Kritik Jinggo?

PELAKON, Syazwan Zulkifly menempelak individu yang didakwa penggiat industri apabila tidak boleh menerima kritikan membabitkan drama yang diterbitkan.

Syazwan berkata, maklum balas, komen dan kritikan penonton itu sepatutnya diterima sebagai proses pembelajaran.

“Bila hang (kau) bantai balik penonton dengan cara begitu, tahap dewa betul hang ni. Apabila puji cerita hang ‘best’, ‘kembang’ tak ingat.

“Bila kena kritik, penonton pula kena bodoh. Sebenarnya penonton tak nak tahu pun masalah umur, bajet atau apa yang penonton nak tahu, cerita itu menarik atau tidak dan nampak sesuai atau tidak.

“Kalau kene kritik, terima dan belajarlah dari kesilapan. Apa ‘level’ hang dah takkan buat salah ka? Hang memang betul saja memanjang? Janganlah cakap penonton bodoh,” katanya.

Syazwan menerusi status sama di Instagram berkata, individu itu tidak sepatutnya bertindak sedemikian.

“Sebagai orang dalam industri lagi-lagi TV dan drama, hang perlukan penonton dan ‘rating’ tqu. Itu yang akan menjamin projek seterusnya untuk syarikat hang.

“Syukur lah sikit. Untung ada orang beri maklum balas drama hang walaupun cerita sebegitu. Buatnya orang tak amik kisah lansung, baru hang tau. Buat segan (malu) orang industri saja,” katanya.

Bagaimanapun, Syazwan tidak menyatakan secara jelas pihak yang dimaksudkan menerusi status dimuat naik.

Bengang Drama Dikritik, Jinggo ‘Sekolahkan’ Penonton Kerana Opah

Bengang Drama Dikritik, Jinggo 'Sekolahkan' Penonton Kerana Opah ...

Nampaknya drama rantaian terbitan JS Pictures, Bukan Gadis Biasa (BKP) terus menjadi perbualan hangat di kalangan penonton di media sosial. Jika sebelum ini ada yang mengkritik teknik suntingan dalam drama, kali ini mengenai pemilihan pelakon.

Menerusi sebuah posting yang di muatnaik oleh Sheila Rusly di Instagramnya, dia telah berkongsi video sukarnya membuat solekan wajah Opah.

Kenapa Tak Ambil Pelakon Veteran?

Posting ini mendapat perhatian pengikutnya, sehinggakan mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif. Walaubagaimanapun, salah seorang penonton drama BKB tidak bersetuju dengan pemilihan Sheila Rusly sebagai Opah. Penonton mempersoalkan mengapa tidak memilih pelakon veteran kerana ia lebih sesuai.

Awak Boleh Makeup Kan Ke?

Pengarah & Penerbit JG Pictures, Azman Hj Yahya atau Jinggo terpanggil untuk menjawab persoalan ini di ruangan komen.  Dalam penerangannya panjang lebar, Jinggo berkata, watak Opah dalam drama BKP disesuaikan dengan umur 50 tahun hingga 80 tahun.

“Kalau bagi Opah yang betul-betul umur dah tua, usia 80an,  kalau watak dijadikan 50an, awak boleh makeup kan ke? Kat Situ nampak kita bodoh”- tulisnya

Tambahnya lagi di ruangan komen, Jinggo agak sulit untuk mengambil pelakon veteran untuk drama ini memandangkan sesi penggambaran mengambil yang masa lama.

Penjelasan terperinci oleh Jinggo membuatkan individu ini terasa hati kerana penggunaan bahasa yang gak kasar. Malah  individu ini menyifatkan penjelasan Jingga nampak seperti tak matang.

Jinggo beranggapan penonton ini tidak memahami konsep bekerja sesebuah produksi. Dia terus membalas komen dengan mempersoalkan produksi dimana penonton ini bekerja.

Nampaknya penjelasan Jinggi tidak disambut baik oleh individu tersebut. Apa-apa pun, semoga hal ini tidak panjangkan kerana setiap produksi pasati ada alasan tertentu dalam memilih pelakon.

Terdahulu, solekan Opah Aminah lakonan Sheila turut dikritik kerana keterlaluan dan tidak selari dengan kulit jari yang nampak licin dan tidak berkedut. Penggunaan bahasa kasar seperti kau dan aku dalam dialog turut ditegur netizen.

sumber : hmetro / murai

Be the first to comment on "“Gelar penonton bodoh, level hang tak buat salah ka “- Syazwan Zulkifly Kritik Jinggo?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares