“Yang terlepas sekatan pulang ke kampung seronoklah.. tunggu balik nanti ” – Ismail Sabri

PUTRAJAYA – Kerajaan mengingatkan rakyat yang sudah terlepas sekatan jalan raya untuk perlu ke kampung agar berdepan dengan risiko untuk kembali semula ke ibu kota kelak.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang terlepas itu mungkin boleh berseronok ketika ini.

Namun tegas beliau, tiada jaminan mereka tidak akan ditahan dalam sekatan jalan raya ketika pulang semula ke tempat bekerja.

Tidak akan terlepas pulang KL

“Bagi yang sudah pulang ke kampung dan terlepas sekatan seronoklah mereka tetapi lepas sekatan jalan raya balik tidak bermakna tidak akan terlepas pulang ke Kuala Lumpur nanti.

“Mungkin mereka seronok terlepas selepas beri pelbagai alasan dan diterima pihak polis. Tetapi mereka perlu hadapi masa balik dan tidak ada jaminan lepas masa balik ke tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas terdapat rakyat yang terlepas pulang ke kampung dan apakah kelonggaran perlu diberi kepada golongan dengan syarat standard prosuder operasi (SOP) yang ketat.

Mengulas lanjut, Ismail menambah, hasil kajian Majlis Keselamatan Negara, majoriti rakyat mahu SOP yang lebih diperketatkan dan bukan dilonggarkan.

Malah jelas beliau, dirinya menerima banyak khidmatan pesanan ringkas bertanya kenapa banyak SOP yang dilonggarkan ketika ini.

“Macam SOP maksimum tetamu seramai 20 orang pada Hari Raya Pertama pada keluasan rumah untuk penjarakan sosial. Itu pun bila kita beri sedikit kelonggaran, ramai yang kata kerajaan tidak boleh kelonggaran itu.

“Jadi kalau banyak lagi yang kita hendak longgarkan, kita menghadapi masalah kerana tujuan kita sekat (pulang) untuk elak virus Covid-19 di kampung.

“Kita cuba jangan kita yang balik ini sebar virus itu. Sekarang ini sudah cantik kes baharu bawah 100 dan kita harap terus kekal dan paling rendah 16 kes. Kalau sampai hujung kurang dua angka kes, Kementerian Kesihatan akan buat keputusan terbaik untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Kenderaan yang cuba ‘curi-curi’ balik kampung meningkat lebih sekali ganda

MGF01042020_Tinjauan-Ops-Covid-19-Fasa-2_05

SEMENTARA ituJumlah kenderaan yang cuba ‘curi-curi’ balik kampung dengan merentas negeri meningkat lebih sekali ganda iaitu daripada 508 kenderaan kepada 1,248 kenderaan pada Sabtu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua yang berusaha merentas negeri itu bagaimanapun telah diarahkan berpatah balik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kelmarin 508 kenderaan telah diarah patah balik kelmarin, untuk semalam (Sabtu) pula 1,248 kenderaan cuba rentas negeri untuk ke balik kampung telah diarah berpatah balik.

“Maknanya lebih sekali ganda rakyat yang cuba untuk cuba ‘curi-curi’ balik kampung dengan pelbagai alasan dan masih nak balik kampung,” katanya dalam sidang media, di sini pada Ahad.

Lupakan hasrat rentas negeri

Sehubungan itu, Ismail Sabri mengingatkan mana-mana pihak yang masih menyimpan niat untuk merentas negeri agar melupakan hasrat berkenaan.

“Jadi saya harap tak perlu balik (kampung) kerana apa yang kita tahu mereka ini setelah bersiap sedia selepas sahur terus nak balik kampung bawa anak isteri, kemudian apabila sekatan jalan raya, mereka kena berpatah balik. Ketika ini, PDRM masih bertindak menyuruh berpatah balik, jangan nanti kalaiu polis kompaun RM1,000, yang rugi kita,” tegas beliau.

Mengulas mengenai mereka yang sudah ‘terlepas’ dan berjaya merentas negeri pula, Ismail Sabri berkata, tiada jaminan individu berkenaan boleh melepasi sekatan jalan raya untuk pulang semula tempat asal.

“Bagi mereka yang terlepas daripada sekatan, seronoklah mereka. Namun, saya ingin mengingatkan mereka, selepas sekatan jalan raya balik nanti, tidak bermakna mereka boleh terlepas balik ke ibu negara.

“Mungkin mereka beri alasan dan lepas dengan polis. Namun balik nanti belum tentu mereka terlepas dan tiada jaminan mereka boleh terlepas pulang nanti untuk ke tempat kerja semula,” ujarnya.

 

Sumber: MalaysiaGazetteAwani

Be the first to comment on "“Yang terlepas sekatan pulang ke kampung seronoklah.. tunggu balik nanti ” – Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares