Rentas Negeri Tanpa Kebenaran, Polis Mula Buat Rondaan Terjah Rumah Ke Rumah.

Sejak beberapa hari lepas, kerajaan telah memaklumkan bahawa mereka yang merentas negeri untuk tujuan berhari raya akan dikenakan tindakan.

Susulan daripada itu, pihak keselamatan negara akan mengambil inisiatif dengan memantau pergerakkan mereka yang pulang berhari raya dari rumah ke rumah.

Pemantauan dah bermula?

Jadi, menerusi arahan tersebut, pihak polis dilihat sudah mulai membuat pemeriksaan apabila melihat sesebuah rumah seakan mempunyai penghuni yang ramai.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mohd Aizuddin, dapat dilihat beberapa foto pihak polis mengetuk pintu rumah bagi melakukan pemeriksaan.

Kenderaan banyak, polis mari

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh sumber, dapat dilihat pihak berkuasa datang ke rumah dan bertemu dengan pemilik rumah bagi memastikan jumlah ahli keluarga yang berada di dalam.

Hal ini berikutan kenderaan yang diparkir terlihat banyak dan agak mencurigakan.

Habislaa kena saman

Walaupun kesahihan tersebut tidak dapat dipastikan, namun perkongsian ini pastinya menjadi peringatan kepada warganet yang sedang berniat atau sudah pun ‘terlepas’ pulang berhari raya di kampung.

Justeru itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen yang pelbagai di Facebook sumber berhubung tindakan tegas pihak polis ini.

Kantoi macam tuu je

Harap polis betul la yang datang

Sekali lagi diingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia, rentas negeri untuk berhari raya adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Petikan dari berita harian.

PKPB: Pasukan pemantau periksa kenderaan diparkir ketika Aidilfitri – Polis

KUALA LUMPUR: Pasukan pemantau akan memeriksa kenderaan diparkir di luar kediaman di kawasan perumahan dan kampung ketika Aidilfitri bagi mengesan mereka yang melakukan perjalanan tanpa kebenaran.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata pasukan terdiri daripada pegawai dan anggota polis serta tentera itu akan memeriksa nombor pendaftaran kenderaan, terutama jika ada banyak yang diparkir di luar rumah atau dalam kawasan perumahan.

No photo description available.

“Kami akan memeriksa semula nombor pendaftaran dengan senarai kami dan melihat sama ada kenderaan dan pemiliknya dibenarkan untuk perjalanan antara negeri atau tidak.

“Sekiranya kami mengetahui ada pihak melanggar perintah larangan perjalanan rentas negeri, kami akan menahan pemilik kenderaan,” katanya ketika dihubungi.

Noor Azam berkata, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pelakunya kerana masa untuk amaran sudah berakhir.

“Tindakan akan diambil bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

“Tidak ada lagi amaran atau nasihat. Kami akan menahan mereka yang melanggar perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) dengan melakukan perjalanan tanpa izin,” katanya.

Noor Azam berkata, polis Selangor bersedia melaksanakan tugas mengesan mereka yang melakukan perjalanan rentas negeri tanpa kebenaran.

No photo description available.

“Kami juga melakukan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik bagi mengesan mereka yang berusaha menipu pihak berkuasa untuk pulang ke kampung.

“Mereka yang tidak mempunyai kebenaran diperlukan untuk membuat perjalanan antara negeri akan diarahkan berpatah balik,” katanya.

Selain itu, Noor Azam turut mengingatkan umat Islam di Selangor mengenai had perhimpunan tidak melebihi 20 orang pada hari pertama sambutan Aidilfitri.

“Yang terbaik ialah hanya meraikan dengan ahli keluarga terdekat atau mengadakan sambutan secara kecil-kecilan,” katanya

Sumber : Mohd Aizuddin

Be the first to comment on "Rentas Negeri Tanpa Kebenaran, Polis Mula Buat Rondaan Terjah Rumah Ke Rumah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares