Keluarga Ini Telah Dikunjungi Tetamu ‘Istimewa’ Pada Hari Raya

Walaupun kerajaan memberi kelonggaran untuk aktiviti kunjung-mengunjung pada musim perayaan ini, ia bagaimanapun terhad kepada hari raya pertama sahaja.

Anggota polis Balai Polis Air Itam dan anggota tentera ketika menjalankan tugas pemeriksaan dari rumah ke rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Masjid, Air Itam di sini. Pemeriksaan untuk mengesan individu yang ingkar apabila pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri, serta pematuhan PKPB. NSTP/DANIAL SAAD

Lengkap berpakaian seragam, ‘tetamu istimewa’ yang terdiri daripada pasukan polis dan tentera itu hadir bagi membuat pemeriksaan mengejut terhadap tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP), dari rumah ke rumah, pagi tadi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata tindakan tetamu bermalam di rumah ahli keluarga yang dikunjungi sebenarnya adalah satu kes4lahan kerana mel4nggar garis panduan serta peraturan yang ditetapkan sebelum ini.

Keluarga ini telah dikunjungi Polis dan tentera

Di GEORGE TOWN, Kemeriahan hari pertama Aidilfitri yang diraikan ratusan keluarga di kediaman masing-masing, dekat Ayer Hitam, di sini menerima sekumpulan kunjungan dari ‘tetamu istimewa’.

Dari Ketua Balai Polis Ayer Hitam, Asisten Superintendan Mohamad Fazly Abdullah, berkata pemeriksaan itu membabitkan kira-kira 200 kediaman, malah pihak berkuasa memberikan nasihat berkaitan kepada seisi keluarga untuk sentiasa mematuhi SOP ketika musim perayaan.

Dengan Berdasarkan perangkaan semasa, katanya, hampir 40 peratus daripada keseluruhan kediaman dalam kawasan mengikut bidang kuasanya terdiri daripada keluarga Melayu.

“Kita ada melakukan rondaan di kawasan kejiranan berkaitan untuk memastikan masyarakat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan SOP.”

“Namun Setakat ini, kita berpuas hati dengan kadar pematuhan masyarakat, sekali gus ianya mencerminkan bahawa mereka sedar mengenai bah4ya C0VD19 dan bertanggungjawab untuk menangani penularan jangk1itan w4bak berkenaan,” katanya, hari ini.

Disambut dengan secara ramah, pemeriksaan di Kampung Masjid, dekat Jalan Zoo membabitkan seorang pegawai, lapan anggota polis dan tentera turut diperluaskan ke kediaman dekat Kampung Melayu itu.

Sementara itu, pesara bernama Zainudin Mat, 57, menyatakan kegembiraan terhadap kehadiran anggota pihak berkuasa yang mengendalikan pemeriksaan dari rumah ke rumah.

“Kita faham mengapa pemeriksaan seperti ini harus dilakukan. Kita amat berterima kasih kepada polis dan anggota tentera yang terus berk0rban untuk memastikan keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.”

“Tidak boleh dinafikan, kehadiran mereka membuatkan kita selamat dan terjamin, malah ia tugas pihak berkuasa untuk memantau pematuhan peraturan ketika PKPB.”

“Sebagai sebuah keluarga, saya mengambil tanggungjawab untuk memastikan had jumlah tetamu yang dibenarkan untuk aktiviti ziarah ketika musim perayaan sentiasa dipatuhi,” jelasnya

Dari pihak Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sebelum ini dilaporkan berkata polis dan tentera akan melakukan pemeriksaan ke rumah, ketika musim perayaan bagi memantau tahap pematuhan PKPB dan SOP dalam kalangan masyarakat.

Seiring kelonggaran yang diberikan, aktiviti ziarah dibenarkan hanya pada hari pertama Aidilfitri, selain membabitkan 20 tetamu.

Sumber: Berita harian

Be the first to comment on "Keluarga Ini Telah Dikunjungi Tetamu ‘Istimewa’ Pada Hari Raya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares