Masuk Hari Raya Ke- 6, Masih Ramai Yang Mencuba Rentas Negeri Terutamanya Orang Kedah!

Jika anda tidak berkesempatan untuk menonton sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dengan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada petang Jumaat, ini lima perkara yang anda perlu tahu hari ini (29 Mei, 2020).

Polis Selangor terima 1,902 permohonan rentas negeri | Wilayah ...

Berikut 5 perkara penting dan kesimpulan dari Awani:

1. Cubaan rentas negeri, 434 kenderaan diarah berpatah balik atas cubaan untuk merentas negeri.

2. Statistik paling banyak cuba rentas negeri melibatkan 87 kes bagi negeri Kedah, 83 untuk Negeri Sembilan dan 59 di Melaka.

3. Tiada kompaun dikeluarkan bagi kesalahan ziarah Aidilfitri.

4. 54,656 pelajar IPT dihantar pulang, 1,193 dihantar pulang pada Jumaat.

5. Temu duga pelajar IPT perlu dibuat secara dalam talian, temu duga secara bersemuka tidak dibenarkan.

sumber : awani

Bakal mahasiswa tidak dibenarkan merentas negeri bagi menghadiri temu duga kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, keadaan itu tidak menghalang proses kemasukan ke universiti atau IPT lain kerana temu duga masih boleh dijalankan secara dalam talian.

Tak boleh rentas negeri untuk temu duga kemasukan ke IPT

“Kita memang tidak benarkan rentas negeri. Dua hari lepas, ada soalan berkaitan temu duga kerja yang memerlukan rentas negeri dan kita kata lakukannya melalui online (dalam talian) sahaja, sama juga dengan pelajar.

“Pelajar boleh buat temu duga melalui online (dalam talian) dan perkara ini telah pun berjalan. Universiti telah pun laksanakan secara online sejak April lalu,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya pada Jumaat.

 

Tambah beliau, mereka yang tiada akses Internet di kawasan rumah pula boleh menggunakan kaedah bersesuaian termasuk merakam video terlebih dahulu dan kemudian menghantarnya ke universiti.

“Mungkin ada soalan… bagi mereka yang tinggal di kawasan yang tiada Internet, di luar bandar misalnya, universiti (sebenarnya) telah membenarkan mereka gunakan telefon bimbit atau pintar untuk buat video dan hantar kepada universiti mereka.

“Zaman sekarang ini tak semestinya temu duga secara bersemuka sahaja, boleh guna kaedah maya,” katanya.

sumber : awani

Be the first to comment on "Masuk Hari Raya Ke- 6, Masih Ramai Yang Mencuba Rentas Negeri Terutamanya Orang Kedah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares