Bermula 1 Jun, kerajaan akan memberi kelonggaran untuk membenarkan perjalanan rentas negeri bagi tujuan kerja dan kecemasan, seperti kem4tian dan kes perubatan.
Malah, suami isteri yang tinggal berjauhan juga dibenar untuk melakukan perjalanan rentas negeri bagi bertemu pasangan masing-masing.
Dalam sidang media hariannya, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata — perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Putrajaya, hari ini.
21 Mei lalu, kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang perjalanan rentas negeri bagi mengelakkan penularan COVID-19 buat sementara waktu — menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 24 Mei lepas.
Rentas negeri suami isteri berjauhan dibenarkan mulai Isnin
Perjalanan rentas negeri bagi urusan kecemasan dan pekerjaan, serta pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan akan dibenarkan semula bermula Isnin ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bagaimanapun menegaskan perjalanan rentas negeri atas alasan lain secara keseluruhannya masih belum dibenarkan setakat ini.
“Hari ini, mesyuarat memutuskan untuk memberi kelonggaran seperti sebelum ini iaitu rentas negeri dibolehkan jika membabitkan kes kecemasan seperti kematian dan perubatan, begitu juga yang berulang alik ke tempat kerja, contohnya duduk di Seremban dan bekerja di Putrajaya.
“Selain itu, sebelum ini saya umumkan rentas negeri pasangan yang terpisah dibenarkan dan kemudian dihentikan sebelum Aidilfitri. Hari ini, kita bersetuju larangan itu ditarik balik, maka pasangan suami isteri ini bolehlah merentas negeri untuk berjumpa pasangan dan keluarga,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya, hari ini.
Pada 21 Mei lalu, kerajaan memutuskan buat sementara itu untuk tidak membenarkan sama sekali pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran COVID-19 menjelang sambutan Aidilfitri pada 24 Mei.
sumber : Bharian /Hmetro
Be the first to comment on "Mulai 1 Jun, Rentas Negeri Telah Di Benarkan Semula Namun Hanya Untuk Tujuan Ini.."