Boleh dikatakan bagi sesetengah wanita berhijab pastinya mereka faham situasi ini di mana tudung yang sudah digosok itu ditindih orang atau dengan sesuatu objek. Boleh hilang mood terus dibuatnya. Biasalah bila sudah selesai menggosok untuk letak di mana-mana ‘lokasi’ selamat sementara pergi untuk menukar baju dan sebagainya.
Ini adalah merupakan situasi yang telah berlaku kepada adik-beradik Melvin ini. Baru ini Syatilla Melvin ada memuat naik satu klip rakaman video yang mana rasanya ramai boleh kaitkan dengan diri mereka. DiDalam rakaman video tersebut kelihatan Syatilla yang baru sahaja selesai menggosok tudung telah ‘membentangkannya’ di atas sofa dirumahnya.
Dengan secara tiba-tiba adiknya iaitu Syifa Melvin yang sedang asyik berbual di telefon datang dan terus duduk di atas tudung yang baru siap digosok itu.
Klip rakaman Video tersebut yang dikongsikan itu telah berjaya membuatkan orang ramai terhibur dengan lebih 337 ribu tontonan dan 70 ribu tanda suka. Berikut ini adalah klip rakaman video yang telah dikongsikan oleh selebriti ini menerusi laman media sosialnya diInstagram akaun miliknya:
Alahaiii… sampai macam itu gayanya sekali marah Syatilla orang duduk atas tudung sudah digosok dia! Anda sendiri pernah alami situasi macam ini?? Menjengah Di ruangan komen, rata-rata warga netizen amat sangat terhibur dengan klip rakaman video tersebut dan meninggalkan beberapa reaksi mereka seperti berikut:
“Ni memang betul untuk adik beradik perempuan”
“Wehlaa banyak kali tengok….Tapi hat ni sumpah lawak habiss…”
“Nak gosok tudung tu lama tau, nak biar lentik, cantik, takde satu pun kedutan..Paling cepat pun 10 minit nak siapkan sehelai tudung..”
Nahhh Bawah ni rakaman yang dikongsikan itu…
Sumber: HCL / trendinggiler
Be the first to comment on "Aksi Gara Gara Terduduk Di Atas Tudung Yang Sudah Digosok"