Cara Semak Wang i-Lestari KWSP Dikreditkan Bagi Bulan Kedua. Panduan buat anda yang telah membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP. Bilakah tarikh bayaran pengeluaran i-Lestari KWSP bulan kedua?
Bulan lalu, pengagihan wang pengeluaran i-Lestari KWSP dikreditkan ke akaun bank mulai 4 Mei 2020. Bagi anda yang nak semak wang i-Lestari KWSP sama ada telah diterima atau tidak bagi bulan kedua (Jun), sila ke portal i-Akaun untuk semakan secara online.
CARA SEMAK WANG I-LESTARI KWSP DIKREDITKAN BAGI BULAN KEDUA
Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Pengeluaran i-Lestari KWSP Akaun Kedua termasuk memaparkan tarikh bayaran dan aplikasi semakan :
APA ITU PENGELUARAN I-LESTARI KWSP?
Pengeluaran i-Lestari bagi Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan satu kemudahan kewangan yang disediakan oleh kerajaan dalam usaha membantu mengurangkan tekanan kewangan rakyat Malaysia ekoran penularan wabak Covid-19.
TARIKH DAN JUMLAH BAYARAN PENGELUARAN I-LESTARI
Pembayaran Pengeluaran i-Lestari bagi bulan pertama telah dikreditkan daripada 4 Mei sehingga 18 Mei 2020. Menurut makluman terkini, pembayaran pengeluaran i-Lestari KWSP bagi bulan kedua telah dikreditkan ke akaun bank mulai 1 Jun 2020.
Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.
Nota :
a. Bayaran pengeluaran akan dimajukan ke bank pilihan anda mulai 1 Januari 2020 secara berperingkat. Sekiranya akaun bank anda tidak aktif atau dibekukan, sila berhubung terus dengan pihak KWSP untuk maklumat lanjut.
b. Pembayaran i-lestari akan dilakukan pada setiap 1hb setiap bulan. Tarikh yang berada dalam sistem hanya terpakai pada pembayaran bulan pertama sahaja. Jika pada 1 Jun 2020 masih belum terima lagi pembayaran bermakna pihak KWSP membuat pembayaran secara berperingkat.
Sumber myinformasi
Be the first to comment on "Pembayaran i-Lestari untuk bulan Jun telah didedahkan, mesti ramai menanti"