Ustaz Ebit melawat rumah rider yang diseret pemandu mabuk, perkongsiannya buat ramai tersentuh

Sebak sayu tadi ziarah keluarga arwah Mohamed Zaili Mohamed, abang rider menghantar makanan baru ini. Masa tengok video motor arwah terseret jauh dilanggar kereta yang mabuk katanya. Ya Allah. Sedang menghantar order yang dimasak isterinya.

Rezeki masa pkp ini. Makanannya dan lauk lauknya sedap dan tiada caj penghantaran pun. Allahuakbar. Dikala orang takut keluar rumah abang ini dan isteri bertungkus lumus memberi khidmat. Semoga Allah hadiahkan syurga Firdaus untuk arwah dan pelihara jagakan keluarganya. Semoga perniagaan isterinya fb @bungakulistari dan Instagram : watiekitchen bertambah maju. Rumahnya area kawasan Flat di Bukit Antarabangsa.

Saya tanya apa boleh dibantu. Akak ni berniaga sana sini tapi tak mampu bayar tapak berniaga. Dah setahun kerja dari rumah. Arwah suaminya hantar makanan. Dua anak masih kecil. Seorang itu anak angkat dari kecil. Dah 11 tahun tapi masih belum bersekolah. Cuma kelas mengaji harian.

Kakak tadi risau sekolah anak-anak. Saya niat nak hantar dan bayarkan sekolah agama madrasah buat yang lelaki kerana dia nak jadi hafiz Al-Quran dan alim. Baik-baik sangat anak ini semua. Adab sifat akhlak mereka. Adik ni menangis ulang kali cakap tak sangka dapat jumpa ustaz. Betul ke ni. Kenapa ustaz suka tolong orang. Semenjak bila ustaz tolong orang. Semoga Allah mudahkan semuanya.

Saya beri sedikit duit belanja buat akak ni dan keluarga. Beri sedikit mainan untuk adik-adik ni. Berlari-lari adik ni seronok dapat mainan. Besarnya ustaz. Bestnya. Terima kaseh ustaz. Susah-susah jer ustaz.

Semoga Allah bantu lawyer akak ni dalam kes ini. Semoga Allah beri pertolongannya. Semoga Allah selamatkan negara kita dari musibah, bahaya dan akibat buruk dari arak. Ya Allah selamatkan kami semua.

Sumber FB Ebit Lew

Be the first to comment on "Ustaz Ebit melawat rumah rider yang diseret pemandu mabuk, perkongsiannya buat ramai tersentuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares