Zizan usik Jennie Blackpink bila memperagakan seluar dalam jenama Calvin Klein, sekali netizen terus kaitkan Mira Filzah dan Emma Maembong

Sebut sahaja tentang BLACKPINK, pasti anda teringat akan ahli-ahli mereka yang terdiri daripada Jennie, Jisoo, Rose dan Lisa.

Baru-baru ini, Jennie ada memuat naik sebuah gambar beliau memperagakan seluar dalam jenama Calvin Klein di laman Instagram. Gambar tersebut adalah hasil kolaborasi artis Korea terbabit bersama jenama antarabangsa itu.

Gambar tersebut mendapat banyak komen-komen yang memuji kecantikan vokalis kumpulan BLACKPINK itu. Turut tidak terlepas, pelawak Malaysia Zizan Razak juga ada meningg4lkan komen pada gambar tersebut.

“Nahhhhhh sayang ni. Patot la abang cari boxer abg x jumpa. Sayang pakai rupanya. Tolong basuh nanti pulang balik ye sebab abang beli bundle tu. Barang kene selam baru dapat…”

Meskipun umum mengetahui komen Zizan hanyalah gurauan semata-mata terhadap Jennie, namun ramai beranggapan bahawa komen yang ditulis adalah keterlaluan dan satu bentuk gangguan seksual.

Pada ketika artikel ini ditulis, nama Zizan sedang trending nombor satu di laman Twitter, rata-ratanya meng3cam tindakan pelawak kelahiran program Raja Lawak itu.

Berikut adalah beberapa komen netizen terhadap komen ‘nak4l’ Zizan Razak.

“Memalukan orang Malaysia”

“Try hard sangat”

“Patut la kena friendzone”

Dalam pada masa yang sama, kumpulan BLACKPINK baru sahaja melancarkan lagu terbaru mereka bersama penyanyi terkenal, Selena Gomez. Single yang bertajuk ‘Ice Cream’ itu memecah rekod kumpulan ini sendiri apabila berjaya meraih 10 juta jumlah tontonan dalam masa 2 jam dan 55 minit sahaja.

Sumber : LOBAK MERAH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment on "Zizan usik Jennie Blackpink bila memperagakan seluar dalam jenama Calvin Klein, sekali netizen terus kaitkan Mira Filzah dan Emma Maembong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares