Setelah pusat Tahfiz miliknya diroboh, Aaron Aziz akhirnya tampil beri penjelasan

Ramai tidak tahu bahawa pelakon Datuk Aaron Aziz mempunyai sebuah pusat tahfiz di Pulau Langkawi. Baru-baru ini, Aaron berkongsikan gambar menunjukkan satu bangunan yang telah dipecahkan dinding.

Menerusi perkongsian itu, Aaron meluahkan rasa kecewa apabila pusat tahfiz miliknya itu dirobohkan. Enggan mengulas lanjut sebab mengapa ianya dirobohkan, Aaron berkata ia berada di luar kawalannya.

“Tiada mana pihak yang salah” – Aaron

Selepas pelbagai spkvlasi mula di buat netizan atas perob0han pusat tahfiz, Aaron tampil dalam satu video menjelaskan perkara tersebut tidak berkaitan dengan mana-mana pihak berkuasa atau parti politik

Menurut Aaron lagi, perkara tersebut telah pun selesai dan beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyumbang

“journey_to_insyirah Kami akan bina semula ye. Tiada pihak mana mana yg Salah. Takde kena mengena dgn kerajaan atau politik atau apa apa…benda dah settle pun. Terima Kasih atas doa doa anda Dan sumbangan anda. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kami Dunia akhirat”-tulis Aaron di instagram beliau


Rata-rata peminat mendoakan Aaron supaya segala urusan beliau di permudahkan

Sedih melihat keadaan tersebut, Aaron berdoa dan berharap agar segala urusan di sana dipermudahkan dan asrama untuk anak-anak tahfiz itu perlu dibina semula.

Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat bertanyakan hal tersebut. Malah, ramai yang mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja terutama untuk anak-anak tahfiz yang menjadi mngsa dengan apa yang berlaku

Tidak kurang juga peminat turut memberikan kata-kata semangat kepada Aaron Aziz agar terus tabah di atas ujian tersebut kerana jalan untuk menuju kebaikan banyak halangan dan yakinlah bahawa ada hikmah disebalik semua kejadian.

Sumber trending sangat

Be the first to comment on "Setelah pusat Tahfiz miliknya diroboh, Aaron Aziz akhirnya tampil beri penjelasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Shares